Usah lagi bincang budi bicara, Tun M tiada lagi sokongan majoriti – Zaid - pakdin.my

Datuk Seri Zaid Ibrahim mendakwa ramai dalam kalangan rakyat dan politik hari ini tidak langsung memahami aspek sebenar kerajaan campuran.

Bekas menteri kabinet yang merupakan ahli DAP itu berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi berada dalam kedudukan sama sebagai orang nombor satu kerajaan yang mempunyai majoriti bersih dan besar dari parti politik sendiri.

Dalam ciapan akaun twitter peribadinya, bekas menteri undang-undang itu menggunakan bahasa Inggeris berkata, dalam kes politik semasa negara, Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti.

“Ramai tidak memahami aspek kerajaan bercampur. PM semasa tidak berada dalam kedudukan sama sebagai PM yang mempunyai sokongan majoriti daripada partinya sendiri.

“Pada kes kita dia tidak langsung mempunyai (sokongan) majoriti.

‘Jadi, tolonglah berbincang keputusan utama dan bukannya bercakap mengenai budi bicara PM (Mahathir),” tegas beliau dalam ciapan akaun media sosialnya.

Isu budi bicara PM dalam soal pelantikan Menteri Pendidikan baharu selepas Dr. Maszlee Malik meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu menyebabkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan supaya lebih baik soal pelantikan pengganti Maszlee dibincangkan dalam mesyuarat PH.- MalaysiaGazette

UTAMAPOLITIKUsah lagi bincang budi bicara, Tun M tiada lagi sokongan majoriti –...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium