Disamun dalam lif, wanita parah ditikam jiran 10 kali - pakdin.my

GEORGE TOWN — Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya, dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, kejadian kira-kira 11.16 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun berseorangan di dalam lif untuk pulang ke rumahnya, sebelum lif tersebut dimasuki seorang lelaki bertopeng.

“Sebaik pintu lif ditutup, lelaki itu terus menyerang wanita itu dan menikam di bahagian belakang mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau, sebelum menyamun dompet serta telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

Wanita yang cedera parah itu kemudiannya mendapatkan bantuan ahli keluarga, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya mangsa yang tidak bekerja itu kerugian kira-kira RM500 selepas telefon bimbit jenis Huawei 2i dan wang tunai sebanyak RM100 dalam dompetnya disamun suspek, selain kehilangan dokumen pengenalan diri.

Soffian berkata bertindak atas maklumat pihaknya menahan seorang suspek berusia 26 tahun yang juga merupakan jiran mangsa dan selepas diperiksa, lelaki yang tidak bekerja itu di positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Lelaki itu kini direman sehingga 15 Jan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Soffian berkata wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang namun dilaporkan dalam keadaan stabil. — Bernama

 

UTAMABERITADisamun dalam lif, wanita parah ditikam jiran 10 kali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium