GAYA HIDUPAplikasi WhatsApp alami gangguan, pengguna terjejas gagal hantar fail dalam bentuk media

Aplikasi WhatsApp alami gangguan, pengguna terjejas gagal hantar fail dalam bentuk media

APLIKASI WhatsApp mengalami gangguan pada Ahad sekaligus memberi kesan buat penggunanya di seluruh dunia.

Kegagalan fungsi itu menyebabkan pengguna tidak boleh menghantar sebarang fail media.

Pengguna bagaimanapun masih lagi boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk menghantar pesanan dalam bentuk mesej.

Fungsi rakaman suara turut dilaporkan terjejas.

Antara negara yang terkesan termasuklah Malaysia, Sri Lanka, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Selain itu, carian kata kunci WhatsApp Down turut melatari paparan di Twitter sekaligus memberi bayangan mengenai kesan yang diterima penggunanya.-

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami