[Video] Lebuh Raya tanpa Tol: Mujahid gebang tapi PH tak laksana - pakdin.my

Tetamu yang memberi pendapat dia dalam wawancara ini apa-apa pun tak tahu.

Apa-apa pun dia tak faham.

Semua yang dia cakap itu salah.

Biarkan saya perbetulkan dia:

1. Konsesi (bukan konsensi, ya) PLUS sudah dibeli balik oleh kerajaan BN masa saya PM pada tahun 2011. Ianya 51% dimilik Khazanah Nasional dan 49% oleh KWSP.

Bukan lagi di bawah tangan swasta sejak 9 tahun dahulu.

2. PLUS masih berhutang. Bukan semua hutang atau kos sudah dibayar balik.

3. .Perjanjian konsesi tol PLUS bukan di bawah OSA kerana mengarahkan semua perjanjian tol untuk didedahkan kepada orang awam adalah antara langkah pertama yang saya ambil selepas saya mula menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008.

4. Tol PLUS juga tidak dihapuskan menjadi “free” selepas kerajaan PH ambil alih. Malah tempoh konsesi PLUS dilanjutkan 20 tahun lagi sehingga tahun 2058 – iaitu 38 tahun lagi.

Kenapa pengacara jemput orang yang langsung tiada apa-apa pengetahuan untuk dijadikan tetamu dalam perbincangan isu tol?

Aduss… Siapakah orang ini?

Najib Razak

UTAMANAJIB RAZAK Lebuh Raya tanpa Tol: Mujahid gebang tapi PH tak laksana

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium