#Coronavirus: Kerajaan perlu tegas – Hishammuddin - pakdin.my

Rakyat desak, rakyat minta penjelasan, rakyat marah dengan kenyataan sebahagian pemimpin PH bukannya apa. Tetapi kerana rakyat bimbangkan kesihatan diri mereka. Krisis #CoronavirusOutbreak ini serius.

Sebab itu, seperti gesaan saya kelmarin di Twitter, Kerajaan mesti bertindak tegas sebelum krisis ini jadi lebih kritikal di Malaysia sekaligus memudaratkan rakyat. Malah, rakyat kita di Wuhan juga mesti dipantau rapi. Lagi satu nasihat saya kepada segelintir pemimpin PH, kalau rasa tak mampu keluarkan kenyataan yang menenangkan rakyat, lebih baik diam.

Kepada para petugas terutama kakitangan perubatan serta penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan krisis ini, terima kasih atas pengorbanan demi negara. Saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

UTAMABERITA#Coronavirus: Kerajaan perlu tegas - Hishammuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium