Perpecahan PKR tak jejas Anwar jadi PM, kata Saifuddin - pakdin.my

KAJANG: Perpecahan yang berlaku dalam PKR ketika ini tidak akan menjejaskan persiapan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha agung PKR itu sebaliknya berkata peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar berada di bawah persetujuan Pakatan Harapan.

“Anwar nak jadi perdana menteri atau tidak, pertama PH dalam konsensus pendirian mereka ubah atau tidak. Hari ini tidak ada perubahan apa, sokongan Anwar datang dari PH.

“Kedua, PH adalah yang kuasai majoriti dalam Parlimen, jadi yang paling penting dalam menentukan kedudukan Anwar ialah keputusan PH, ahli Parlimen, sementara sokongan ahli parti penting,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri program kempen beli barangan Malaysia di Tesco Kajang.

Perpecahan dalaman PKR memuncak apabila penyokong Anwar mendesak Mahathir menetapkan segera tarikh peralihan kuasa sementara Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memberi bayangan bersetuju jika Mahathir berkhidmat sebagai PM sehingga habis penggal.

Perbezaan pandangan itu memburukkan lagi pergeseran antara kem Azmin dan Anwar yang sebelum ini memang berseteru secara terbuka, sebelum ia meruncing selepas tercetusnya skandal video seks yang dikaitkan dengan Azmin.

Semalam pergeseran baru tercetus membabitkan pemecatan Zuraida yang pro Azmin.

Keadaan itu memaksa Anwar menggesa kumpulan pro dan anti-Zuraida yang berhimpun di luar ibu pejabat PKR supaya bersurai atau akan berisiko dikenakan tindakan disiplin.

Himpunan itu diadakan kerana Zuraida dalam proses menjawab surat tunjuk sebab atas kenyataannya terhadap pemimpin parti dalam satu ucapan pada bulan lalu.

Lebih 10,000 ahli akan dipecat?

Menjawab dakwaan lebih 10,000 ahli PKR akan dipecat jika Zuraida disingkirkan dari parti itu, Saifuddin berkata perkara itu belum berlaku dan ia satu andaian.

“10,000 keluar parti jika Zuraida dipecat, benda itu belum berlaku, cuma satu kenyataan sahaja, sebab semasa demonstrasi suhu marah itu tinggi jadi bila pemberita tanya mereka sebut 10,000 akan keluar.

“Saya tidak tahu berapa ramai nak keluar, tapi sebagai setiausaha agung, tugas setiap minggu melaporkan dalam mesyuarat biro politik kemasukkan ahli baru dalam parti itu, 10,000 seminggu.

“Seluruh negara ada 222 cabang, kami cuma kurang 30,000 sebelum 1 juta ahli,” katanya.

UTAMAPOLITIKPerpecahan PKR tak jejas Anwar jadi PM, kata Saifuddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium