UEC: Video jelas Kor Ming sebut DAP akan tinggalkan kerajaan – Shahar - pakdin.my

Banyak manifesto kerajaan yang tidak dilaksanakan tidak pula Nga Kor Ming bersuara, sebaliknya Ahli Parlimen Teluk Intan itu berani mengugut apabila membabitkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Tindak-tanduk Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menunjukkan hipokrasi pemimpin-pemimpin kerajaan yang mendakwa memperjuangkan kepentingan semua kaum, kata Ahli Parlimen Paya Besar, Shahar Abdullah.

“Sikit punya banyak manifesto PH yang tidak terlaksana, tiada pula Nga Kor Ming nak bersuara, tapi bila melibatkan UEC, terus melompat ugut nak tinggalkan PH,” katanya yang menyifatkan DAP sudah berani mengugut kerajaan Pakatan Pakatan.

Meskipun Kor Ming menyalahkan Malaysiakini yang dakwanya tersalah lapor tetapi rakaman video jelas menunjukkan Timbalan Speaker itu menyebut DAP sanggup meninggalkan kerajaan jika peperiksaan itu tidak diiktiraf.

“Harap-harap lebih banyak pemimpin PH bersuara untuk gesa kepemimpinan anda tunaikan manifesto yang libatkan semua rakyat. Bukan perjuangkan hanya satu kaum atau kelompok,” ujarnya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, beliau akan kehilangan kepercayaan pengundi jika kerajaan tidak dapat mengotakan janji dalam manifesto untuk mengiktiraf UEC.

Katanya, keadaan itu juga bermakna beliau boleh “henti bekerja dan balik ke rumah” jika UEC tidak diiktiraf.

UTAMAPOLITIKUEC: Video jelas Kor Ming sebut DAP akan tinggalkan kerajaan – Shahar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium