Syukur bapa kahwin lain, anak tak sangka ibu tiri cantik, sebaya - pakdin.my

Seorang wanita menyingkap kisah pencarian jodoh untuk bapa sendiri selepas kematian ibu beberapa tahun lalu melalui media sosial.

Shazreeyana Shukri, 35, berkata usaha dilakukan kerana kasihan melihat bapanya yang hidup keseorangan.

Shazreeyana atau dikenali dengan nama pena Kak Love berkata bapanya hidup menduda selama empat tahun selepas kematian ibu pada 2008 akibat barah paru-paru.

Ditambah pula Kak Love dan adik-beradiknya yang lain tinggal di ibu kota dan adik lelaki pula di Dubai menyebabkan bapa keseorangan di Kedah.

“Kami kat KL risau dia hidup sorang-sorang kat sana (Kedah). Yalah dulu (arwah) mama ada, mama buat semua kat dia. Lepas dua tahun mama tak ada, kami adik beradik suruh dia cari isteri yang boleh bagi dia gembira dan temankan dia.

“Paling lagi sedih bila dia kata dia paling derita waktu bulan puasa. Sahur dan berbuka sorang-sorang. Kadang-kadang tak lalu makan pun. Selalu dulu arwah Mama bangun 4.30 pagi masak gulai kegemaran dia dan masak macam nak buka puasa,” tulis Kak Love di Twitter.

Kata Kak Love, bapanya seorang yang pemalu dan tidak pandai mempamerkan kasih sayang. Tambahan pula, bapanya berkahwin dengan arwah ibu pada usia terlalu muda iaitu 19 tahun ketika mereka menuntut di Amerika Syarikat.

Akhirnya Kak Love sebagai anak sulung bersama adik-beradik memuat naik iklan di Facebook mencari jodoh buat bapanya.

“Ramai mesej masa tu berminat. Dah macam agensi cari jodoh pula. Ada janda, ada anak dara mahu kat dia (abah). Tapi abah kami ni payah sikit sebab dia tak reti bercinta,” sambung Kak Love.

Pencarian mereka akhirnya menemui jalan buntu namun selepas itu Kak Love dan adik-beradiknya dikejutkan tentang pengaturan jodoh dilakukan rakan sekerja ayahnya.

Semuanya berubah selepas bapa memaklumkan pada saat akhir untuk mengahwini seorang anak dara sebaya dengan usia yang hanya perbezaan dua tahun yang bekerja di pejabat sama bapanya tetapi berbeza jabatan.

“Runsing betul masa tu dengan terkejut (dapat tahu saat akhir) lepas itu macam fikir siapalah bakal mak tiri kami ni? Baikkah (atau) jahat macam dalam drama?”

Kak Love tambah terkejut melihat isteri bapanya sangat cantik dan mempunyai perwatakan yang baik dan lemah-lembut.

Katanya sikap bapa yang bersederhana dalam berpakaian dan cuma bermotor walau mempunyai kereta serta berpangkat jurutera senior.

Bapanya juga dikatakan pandai berlawak lalu berjaya menambat hati ibu tiri yang digelarkan Nenna dan Mummy itu.

Tambahan pula, penampilan sebegitu membuatkan ibu tirinya jadi simpati dan menyangka bapanya hidup susah.

Kisah pernikahan bapa dengan ibu tiri tujuh tahun lalu itu begitu indah untuk dikenang kerana kini mereka begitu gembira mendapat ibu tiri yang ikhlas menyayangi bapa dan mereka sekeluarga.

“Kami bersyukur dapat mak tiri yang cukup mulia hatinya, penyayang dan lemah-lembut orangnya.

“Kami semua sikit pun tak rasa dia datang merampas tempat (arwah) Mama. Kehadiran Mummy mengubat rindu & kelukaan di hati kami semua. Tambah2 tgk Abah kami gembira, kami lagi berganda-ganda happy,” katanya.

Hantaran panjang lebar Kak Love yang mendapat 17,300 tanda suka turut berpesan supaya sesiapa sahaja bergelar anak harus memikirkan perasaan ibu bapa berbanding rasa hati sendiri.

“Mungkin ada yang tak suka ibu bapa kahwin lagi sebab tak rela orang lain ambil tempat orang yang kita sayang. Tapi yang sengsara dan sunyi tu bukan kita saja.

“Ibu atau ayah kita yang kehilangan teman hidup pun perlukan pasangan, kasih sayang dan perhatian daripada pasangan,” tulis Kak Love.

“Ibu atau ayah kita yang
kehilangan teman hidup pun
perlukan pasangan, kasih
sayang dan perhatian daripada pasangan,” – Kak Love.

UTAMAGAYA HIDUPSyukur bapa kahwin lain, anak tak sangka ibu tiri cantik, sebaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium