UtamaNAJIB RAZAKKerajaan PH takut tubuh...

Kerajaan PH takut tubuh RCI siasat kerugian Tabung Haji - pakdin.my

Tahukah siapa yang bertanggung jawab atas kejatuhan nilai Tabung Haji sehingga kerajaan PH kata mereka perlu gunakan RM17.8 bilion untuk bail-out?

Saya kongsikan semula.

Sebenarnya, propaganda PH pada suku ke-4 tahun 2018 untuk menyerang BN telah memakan diri dan akhirnya membawa kemusnahan kepada TH.

(Ini seperti langkah Guan Eng umumkan hutang Malaysia tiba-tiba jadi RM1 trilion yang menyebabkan banyak pelabur lari pada masa itu.)

Pada bulan Disember 2018, kita dikejutkan dengan kebocoran melalui media asing oleh pihak dalaman PH bahawa TH dalam bahaya.

Menteri Haji pun berlagak “hero” untuk memburuk-burukkan situasi TH – seolah-olah BN telah jahanamkan TH sehingga TH perlu jual saham mereka untuk elak bankrap.

Pada 11 Disember 2018, saya menyoal langkah PH ini dan memberi amaran bahawa ini adalah langkah yang akan membahayakan TH.
https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10155762589290952/

Saya terbukti betul kerana pada 14 Disember 2018, media bisness melaporkan bahawa para pelabur telah sebar satu senarai dengan saham-saham yang dimilik TH supaya mereka senang untuk menjual secara lambak.

14 Dec 2018: Investors exit stocks linked to beleaguered Tabung Haji
https://themalaysianreserve.com/2018/12/14/investors-exit-stocks-linked-to-beleaguered-tabung-haji/

Pelabur-pelabur takut bahawa TH akan jual saham-saham dalam senarai itu.

Investors will be very cautious. There are lists going down. We ourselves circulated a list of counters that are substantially owned by TH. People want to sell before TH sells

Oleh itu, semua pelabur pun jual saham-saham tersebut dan menyebabkan harga saham dan nilai aset TH terus jatuh sebelum TH ada peluang untuk jual.

Sampai masa TH jual, nilai saham mereka sudah jatuh teruk kerana semua pelabur-pelabur lain sudah jual sebelum TH jual.

Akibatnya, TH mengalami kejatuhan nilai paling teruk untuk bulan Disember 2018 sehingga defisit TH melonjak menjadi RM10.9 bilion pada akhir tahun 2018 dan terus turun lagi pada suku pertama tahun 2019 dalam keadaan pasaran saham kita yang menjadi paling corot dalam dunia.

Oleh itu, defisit RM4.1 bilion pada akhir tahun 2017 yang PH tuduh kita terlebih bayar dividen menjadi defisit yang memerlukan kerajaan PH memerlukan RM17.8 bilion untuk bail-out.

Bukan itu sahaja, pencarum TH juga menarik diri akibat propaganda PH apabila jumlah nilai caruman jatuh RM500 juta dari RM76 bilion kepada RM75.5 bilion pada suku ke-4 TH.

Ini memaksa TH untuk menjual lagi saham bagi menebus caruman yang ditarik keluar walaupun dalam pasaran saham paling corot dalam dunia dan nilai saham TH sudah menjunam.

Berpuluh tahun BN jaga TH dan membayar Hibah tinggi, tak pernah berlaku situasi seperti ini sehingga memerlukan bailout puluhan bilion.

Tetapi PH akan salahkan BN juga untuk bail-out RM17.8 bilion ini walaupun ianya jelas adalah angkara dan propaganda tidak cerdik mereka.

Dan itulah sebab PH tidak akan berani buat RCI untuk Tabung Haji walaupun tuduh BN curi berpuluh bilion dari TH kerana mereka takut akan dikantoikan menipu lagi seperti dalam kes “BN rompak RM19.4 bilion wang GST”.

PH tidak mahu Rakyat tahu bahawa TH musnah kerana mainan propaganda menipu mereka.

Facebook Najib Razak

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...