Majlis Presiden PH perlu desak Mahathir letak jawatan pada Mei ini untuk negara bergerak kehadapan - pakdin.my

Majlis Presiden PH Jumaat ini perlu meminta Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sekarang bukan selepas APEC 2020.

Tindakan umum akan meletak jawatan pada Disember ini menyebabkan keadaan politik negara tidak stabil.

Pelabur dan usahawan berada dalam ketidakpastian hala tuju negara pada tahun hadapan dengan Perdana Menteri baru dari parti lain.

Kakitangan kerajaan juga berada dalam keadaan keliru sama ada untuk merangka polisi masa depan mengikut sudut pandang kepimpinan hari ini atau menunggu barisan kepimpinan baru pada 2021.

PH tidak sama seperi BN sebelum PRU-2018. BN telah mempunyai struktur politik yang mapan dan kestabilan ikatan parti-parti komponen. Ini membolehkan sebarang perubahan kepimpinan berlaku secara natural dan tidak menjejaskan hala tuju pentadbiran negara.

Sebaliknya stuktur politik PH sangat longgar dan parti-parti komponennya tidak berkongsi idealogi politik yang sama. Mereka hanya berkongsi jumlah kerusi Parlimen untuk mendapat kuasa.

Justeru penggantian jawatan Perdana Menteri dari Bersatu kepada PKR pasti membawa perubahan kepada polisi dan hala tuju negara. Kedua-dua parti mempunyai ideologi politik yang berlainan.

Dari segi ekonomi dan polisi negara, Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim juga diketahui mempunyai pemikiran yang berbeza. Mereka telah bergaduh dan berbeza pendapat sejak 1997.

Maka usahlah ditangguh-tangguh lagi peralihan kuasa. Laksanakan secepat mungkin supaya negara boleh bergerak ke hadapan.

Oleh Ab Jalil Backer

Kalau bukan Anwar maka gantilah dengan orang lain; atau buatlah keputusan kekal sehingga habis penggal.

UTAMAPOLITIKMajlis Presiden PH perlu desak Mahathir letak jawatan pada Mei ini untuk...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium