Kemelut politik: Siapa Untung? - pakdin.my

1. Dua minggu lalu tidak ada sesiapa yang rasional dan celik politik percaya Dr Mahathir akan membubarkan Parlimen.

2. Apabila wujud jemputan sulit untuk menyertai kerajaan baharu, UMNO membuat keputusan mengikut jejak langkah PAS bersetuju dengan syarat tiada DAP. Ia keputusan Muafakat Nasional.

3. Persetujuan ini diberikan setelah Majlis Tertinggi UMNO percaya ia merupakan jalan terbaik menyelamatkan kepentingan Melayu dan Islam dari ancaman kerajaan PH.

4. Dr Mahathir yang kecewa dengan hentaman ke atasnya dari dalam PH telah membuat keputusan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Bersatu umum keluar PH. Kerajaan PH tumbang dan beberapa kerajaan negeri juga tumbang.

5. Kem Dr Mahathir berharap dapat membentuk kerajaan baharu bersama BN, PAS, Warisan, GPS Bersatu dan serpihan PKR.

6. Dr Mahathir berubah fikiran mahu membawa masuk DAP dan hanya menyingkirkan Anwar.

7. Dr Mahathir beranggapan pemimpin UMNO boleh dibeli dengan jawatan lalu memaklumkan kemasukan DAP. UMNO dan PAS membuat keputusan enggan menyertai kerjasama tersebut.

8. Dr Mahathir telah meletak jawatan. Maka hak membubarkan Parlimen bukan lagi di bawah nasihat beliau.

9. Sejak perletakan jawatan beliau, pemimpin DAP, kumpulan reformis pro-Anwar dan Muafakat Nasional menggesa diadakan PRU baharu.

10. Yang Di Pertuan Agong juga tidak sewajarnya membenarkan gabungan PH membentuk semula kerajaan kerana mereka tidak lagi menghasilkan kerajaan yang stabil.

11. Jika tiada konsensus pakatan politik baharu dibuat, YDP Agong boleh membubarkan Parlimen mengikut budi bicara baginda tanpa nasihat Perdana Menteri. Kuasa menasihat pembubaran Parlimen bukan lagi kepada badan Eksekutif kerana jawatan Perdana Menteri sekarang tidak berpelembagaan.

12. Jadi dari tiada kemungkinan pembubaran Parlimen, percaturan UMNO sejak dua minggu ini telah membuka peluang luas kepada mengadakan pilihan raya semula.

13. Mereka yang sebelum in meragui kebijaksanaan pasukan UMNO mungkin perlu memikirkan semula persepsi tersebut.

14. Dengan beberapa langkah tanpa laungan bubar parlimen, UMNO telah membuka ruang yang tidak pernah terjangka sebelum ini.

Oleh Ab Jalil Backer

UTAMAPOLITIKKemelut politik: Siapa Untung?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium