Mesyuarat tergempar PH lagi malam ini - pakdin.my

Satu mesyuarat tergempar Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan di Hotel Eastin kira-kira pukul 9 malam tadi.

Selain daripada Anwar, pimpinan PH lain turut menghadiri mesyuarat yang sama.

Antaranya pimpinan PH yang hadir ialah seperti Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, Gobind Singh Deo, M. Kula Segaran, Anthony Loke, Datuk Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Seri  Dr. Dzulkefly Ahmad.

Selain itu, Datuk Husam Musa, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Khalid Samad juga kelihatan.

Turut keilhatan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, tidak ada seorang pun daripada pemimpin yang hadir ‘membuka mulut’ kepada wakil media yang membanjiri hotel berkenaan.

Rata-rata mereka kelihatan sugul dn tidak tersenyum sebaliknya dengan tergesa-gesa naik ke tingkat atas untuk bermesyuarat.

Pagi tadi Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson telah mengadakan mesyuarat dengan wakil rakyat PKR di hotel yang sama.-

Rujukan:
Dr Mahathir tolak penuhi janji manifesto PH – Guan Eng

UTAMAPOLITIKMesyuarat tergempar PH lagi malam ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium