Sebenarnya, UMNO-BN merupakan parti pembangkang paling gagal dalam sejarah Malaysia.
Kita tak pandai fitnah, tak rajin hasut orangramai turun jalanraya untuk gulingkan kerajaan, tak pernah baring-baring tepi jalan, takut untuk menipu, tak berani pukuk-memukul dalam pemilihan parti kita, tak reti kecohkan parlimen dan tak pernah angkat placard beramai-ramai dalam dewan rakyat.
Kita cuma rajin sangkal fitnah-fitnah kerajaan, sering mendekati serta menjelaskan kepada Rakyat dan mengkritik dasar-dasar gagal kerajaan tipu sijil itu dengan fakta dan angka.
Melihat kegagalan kita sebagai pembangkang, PM ke-7 pun gulingkan kerajaan PM ke-7 untuk kita.
Maka UMNO-BN pun dipecat serta-merta sebagai pembangkang dan terpaksa serahkan tugas kita kembali kepada geng professional pemfitnah, penipu level champion, tukang gambar edit, pakar guling-guling, kaki gaduh dan expert penghasut yang banyak berpengalaman.
Sebak menulis status ini. 😢