Yang di-Pertua Melaka tolak bubar DUN, akan lantik KM baru - pakdin.my

Yang di-Pertua Negeri Melaka hari ini menolak permohonan ketua menteri Adly Zahari untuk membubarkan DUN bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri diadakan.

Setiausaha Kerajaan Melaka Hasim Hasan dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertua Negeri telah tidak mempersetujui permohonan ketua menteri untuk membubarkan DUN.

“Oleh yang demikian berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, YAB Ketua Menteri Melaka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, berdasarkan Perkara 7(2)(a) perlembagaan negeri Yang di-Pertua akan melantik seoran Adun yang mendapat kepercayaan ahli dewan sebagai ketua menteri baru dalam masa terdekat.

Hasim berkata, Adly tidak lagi mendapat sokongan majority di DUN.

Terdahulu Adly berkata, beliau bertemu Yang di-Pertua Negeri pada 4.30 petang tadi bagi memohon untuk membubarkan DUN bagi membuka jalan kepada pilihan raya negeri berdasarkan keadaan politik semasa.

Katanya berdasarkan perlembagaan negeri, ketua menteri hendaklah meletak jawatan sekiranya beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mempunyai majoriti mudah di DUN Melaka melalui DAP (8), PKR (3), Amanah (2) dan PPBM (2), sementara Umno sebagai pembangkang mempunyai 13 kerusi.

Berikutan langkah PPBM membentuk gabungan politik baru dengan Umno dan PAS, ia kini mempunyai 15 kerusi DUN, sekali gus mendapat suara majoriti.

Kedudukan ini diperkuatkan lagi oleh keputusan 2 Adun, masing-masing daripada DAP dan PKR, iaitu Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia) untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional tanpa keluar parti mereka.

UTAMAPOLITIKYang di-Pertua Melaka tolak bubar DUN, akan lantik KM baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium