Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya tidak pasti sama ada rakaman perbualan individu berprofil tinggi, yang beliau dedahkan pada media pada 8 Januari lepas, sah di sisi undang-undang atau tidak.
Ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Nazlan Mohd Ghazali hari ini, Latheefa berkata, pendedahan itu dilakukan atas alasan perbualan itu dilihat seperti konspirasi untuk menyembunyikan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanapun beliau berkata kepada peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, beliau mengakui tidak mengetahui dari mana asal-usul sampul surat yang mengandungi sembilan pemacu pena, serta sekeping kertas yang menyatakan naratif rakaman perbualan berkenaan.
Latheefa: Asas pendedahan (pada sidang media 8 Januari) itu adalah kerana kami mendapati perbualan itu menjurus ke arah perbuatan menyembunyikan serta potensi mengubah suai bukti.

Muhammad Shafee: Seperti yang anda katakan, disebabkan isi perbualan itu, anda merasakan sangat penting untuk anda mengambil langkah mendedahkannya kepada masyarakat umum. Jadi sebelum 8 Januari, adakah anda mengambil langkah pengesahan klinikal (clinical determination) untuk memastikan rakaman ini tidak diubah suai?
Latheefa: Dari konteks perbualan dalam rakaman itu, kami tidak melihat sebarang kemungkinan ia telah diubah suai. Keduanya, kami telah mendengar berulang kali, kami telah menyemak dengan peristiwa yang berlaku pada tarikh (perbualan itu dirakamkan), sebelum dan selepas. Kami tahu tarikh yang tepat. Jadi ia selaras dengan kandungan perbualan itu.
Muhammad Shafee: Jadi anda telah memeriksa isi kandungan perbualan itu sebelum sampai ke tahap anda yakin ianya benar-benar tulen. Tetapi sepatutnya anda melakukan pengesahan yang lebih telus bagi memastikan ia boleh dijadikan bahan bukti dalam mahkamah.
Latheefa: Sebab itu kami turut menyerahkannya kepada pihak polis (untuk siasatan lanjut).
Selain itu, Latheefa memberitahu mahkamah beliau turut tidak dapat mengesahkan sama ada pintasan rakaman itu dilakukan oleh pihak SPRM atau agensi lain yang berkaitan.
Bagaimanapun, beliau sekali lagi menegaskan rakaman itu perlu didedahkan kerana perbualan itu mempunyai elemen konspirasi, termasuk kemungkinan mendedahkan maklumat penyiasatan kepada individu termasuk dalam senarai siasatan.
Muhammad Shafee berkata, sekiranya tidak dapat dipastikan asal usul bahan berkenaan, ia berkemungkinan dilakukan tanpa mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan, serta tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah mengikut Akta Keterangan 1950.
Dalam pada itu, Muhammad Shafee bertanya kepada Latheefa sama ada beliau sedar tentang satu klausa di bawah Perintah-perintah Tetap Ketua Pesuruhjaya SPRM yang menyatakan sekiranya agensi itu mensasarkan satu perbualan, dan menarik keluar sebahagian daripada pintasan perbualan itu, ianya tidak boleh didedahkan kepada orang awam, tetapi hanya untuk risikan, Latheefa berkata beliau tidak mengetahui sekiranya ia benar-benar wujud.
Hakim Mohd Nazlan kemudian memutuskan agar perbicaraan disambung pada Isnin depan bagi memberi masa untuk Latheefa memeriksa sama ada wujud klausa yang dinyatakan di bawah Perintah-perintah Tetap berkenaan.