BERITALatheefa letak jawatan sebagai ketua pengarah SPRM, Azam memangku - sumber

Latheefa letak jawatan sebagai ketua pengarah SPRM, Azam memangku – sumber

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya telah melepaskan jawatannya, menurut sumber rapat dengan agensi itu malam ini.

“Dia telah meletak jawatan. Datuk Seri Azam Baki akan mengambil alih pada hari Isnin,” menurut sumber yang tidak mahu namanya disiarkan ketika dihubungi.

Azam sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi).

Difahamkan bahawa beliau akan menerajui secara interim pada masa ini, tetapi kemungkinan akan dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM secara tetap dalam waktu terdekat.

Kedua-dua Latheefa dan Azam enggan memberikan sebarang komen.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Kes Renovasi Rumah Peribadi Bekas COO Tabung Haji: Isu Kecil Yang Dijadikan Kes Seksyen 165?

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami