[Video] Bekas menteri PH mahu Khalid Samad minta maaf kepada Agong - pakdin.my

Seorang bekas menteri Kabinet yang bersepakat dengan kerajaan Perikatan Nasional membidas Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad atas kata-kata yang menurutnya hampir mempersoalkan kredibiliti Yang di-Pertuan Agong.

Redzuan Yusof berkata ucapan Khalid pada satu ceramah baru-baru ini selepas Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah perdana menteri juga menganginkan istana mengamalkan pilih kasih kaum.

“Siapa Khalid untuk mempersoalkan perlembagaan?” kata Redzuan, bekas menteri pembangunan usahawan.

“Dia tidak boleh melemparkan keraguan ke atas kredibiliti Agong. Khalid Samad harus minta maaf,” katanya

Khalid dalam klip video yang tersebar di media sosial mendakwa Pakatan Harapan, yang menamakan Anwar Ibrahim untuk memimpin kerajaan baru, mempunyai bilangan secukupnya.

“Tapi Agong tak yakin. Kerana apa? Kerana 100 lebih itu, hanya dalam 40 sahaja orang Melayu dan yang bukan Melayu 60 lebih,” katanya pada satu ceramah Khamis lepas.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 2/3 ahli Parlimen yang menyokong PH adalah bukan Melayu.

Ketika PH menamakan Anwar sebagai perdana menteri, gabungan itu ada sekurang-kurangnya 92 ahli Parlimen dari DAP, PKR, dan Amanah. Daripada jumlah tersebut, 59 bukan Islam, sementara hanya 33 Melayu/Islam.

Redzuan berkata Muhyiddin ada lebih dari cukup akuan berkanun yang menyokongnya sebelum bertemu Agong.

Ucapan Khalid juga mengundang kritikan daripada bekas perdana menteri Najib Razak, mengatakan bekas menteri Wilayah Persekutuan itu “tidak bertanggungjawab”.

“Ia boleh menghasut bukan Melayu membenci Yang di-Pertuan Agong.”

……………
Hantaran Facebook TTKM
https://www.facebook.com/1509981019232188/posts/2714002262163385/

Video penuh kredit Sinar : https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/195132955103122/

Agak2 la nak membongak pun Lid. Hang ni jangan tuduh Agong sembarangan. Tuanku tak pilih Anwar simply sbb dia tak ada majoriti. Ketika itu memang Muhyidin ada majoriti, sebab dia turut disokong GPS. Kerana itulah Agong pilih Muhyidin.

Hang tak ingat ke Lid, hang merayu-rayu dekat Abang Jo minta sokong PH?

Kenapa sekarang hang main isu perkauman dakwa Agong tak pilih Anwar sebab tak yakin PH cuma ada 40 MP melayu dan 60 lebih MP bukan melayu? Jahat sungguh permainan hang ni Lid!

Hang nak main isu perkauman jangan libatkan Agong Lid. Semua perkara ada batasnya. Nanti kat sidang dewan rakyat, hang buktikanlah PH ada majority, buatlah usul undi tak percaya. Simple.

UTAMAPOLITIK Bekas menteri PH mahu Khalid Samad minta maaf kepada Agong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium