UMNO anggap kerajaan sekarang hanya kerjasama MP bukan antara parti - pakdin.my

Hari ini mesyuarat Majlis Tertinggi dan biro politik UMNO, dimana semua yang bersuara bersetuju bahawa kerajaan yang ada hanyalah perikatan antara Ahli-Ahli Parlimen dan bukan kerjasama antara parti-parti. UMNO akan terus main peranan semak dan imbang dan menegur kerajaan ini selari dengan kedudukan UMNO sebagai suara hati orang Melayu khususnya. – Khaled Nordin

Majlis Tertinggi (MT) dan Biro Politik UMNO bersetuju menganggap kerajaan yang ada hari ini adalah perikatan antara ahli parlimen bukan kerjasama antara parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia diputuskan dalam kedua-dua mesyuarat yang diadakan hari ini.

“UMNO akan terus main peranan semak dan imbang dan menegur kerajaan ini selari dengan kedudukan UMNO sebagai suara hati orang Melayu khususnya,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, MT UMNO hari ini mengemukakan enam tuntutan kepada Kabinet baharu Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, keenam-enam tuntutan itu demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara.

UTAMAPOLITIKUMNO anggap kerajaan sekarang hanya kerjasama MP bukan antara parti

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium