Covid-19: Khalid Samad perbodoh diri sendiri - pakdin.my

  • sepatutnya pemimpin-pemimpin menunjukkan tauladan yang baik, lebih-lebih lagi yang bergelar wakil rakyat.
  • Mengkritik segala kelemahan kerajaan adalah wajar, tetapi ini bukannya kritikan.

(Ismaweb) – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad hanya memperbodohkan diri sendiri dan mengajar pengikut menjadi kurang cerdik apabila menjadikan isu kesan penularan COVID-19 sebagai permainan isu politik.

Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, pada tempoh genting penularan COVID-19 ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin menunjukkan tauladan yang baik, lebih-lebih lagi yang bergelar wakil rakyat.

“Kita sedang berdepan dengan satu ujian yang sangat besar, maka sepatutnya tiada ruang untuk kita berbalah sebaliknya bekerjasama dan berlapang dada.

“Apa yang kita lihat sekarang ialah isu COVID-19 ini menjadi lebih serabut apabila dijadikan permainan politik seolah-olah tiada implikasinya.

“Rupa-rupanya, yang mengapi-apikan perkara ini dan yang menyuburkan budaya tidak sihat ini adalah pemimpin itu sendiri, lebih teruk apabila mereka ini adalah wakil rakyat,” katanya dalam satu kenyatan.

Khalid, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam dalam laman sosial Twitter rasminya @KhalidSamad, semalam menyindir solat berjemaah tidak boleh dilakukan ketika ini, dalam pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Walhal, umum mengetahui masjid dan surau menangguhkan semua aktiviti termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat bagi mengekang penularan pandemik COVID-19z

“Zaman PN ni takleh solat berjemaah di surau… hmmm tak marah DAP ke? Bisinglah sikit. Lama tak dengar.

“Oops nak salahkan DAP takleh dah. Bukan depa yang larang maka ok kan…,” katanya.

Mengulas tindakan Khalid itu, Haji Aminuddin berkata, jika pemimpin sendiri berkelakuan sedemikian, maka tidak hairanlah rakyat di bawah menjadi cerca merba dan seolah-olah hilang pedoman.

“Sudah-sudahlah bermain politik. Mengkritik segala kelemahan kerajaan adalah wajar, tetapi ini bukannya kritikan.

“Ini adalah memperbodohkan diri dan mengajar pengikut menjadi kurang cerdik yang akhirnya boleh mencetuskan pelbagai masalah.

“Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Kerana Allah akan menyoal kepimpinan kita di akhirat kelak. Takutlah pada Allah,” katanya.

UTAMAPOLITIKCovid-19: Khalid Samad perbodoh diri sendiri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium