GAYA HIDUPApa rahsia buat pau Mak Cik Kiah gebu? Ini resepinya...

Apa rahsia buat pau Mak Cik Kiah gebu? Ini resepinya…

BIASANYA kalau teringin nak makan pau, kita akan beli sahaja di kedai sebab kalau nak buat sendiri nampak macam susah!

Tapi sebenarnya proses membuat pau ni ‘sap sap soi jer!’ Paling penting bahan digunakan juga mudah didapati.

Kepada yang tak pernah buat pau, apa kata ikut resepi yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.

Bahan-bahannya:

500 gram tepung gandum

40 gram yis basah

1/2 cawan air

1 1/2 sudu makan majerin

1 sudu makan lemak sayur (shortening)

2 sudu makan susu pekat manis

Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Bancuh yis dengan 1/2 cawan air dan ketepikan

2. Satukan tepung gandum, shortening, susu pekat manis dan majerin. Jadikan adunan seperti serbuk roti

3. Masukkan yis dan gaul rata

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terbentuk doh yang tidak melekat pada tangan dan teruskan menguli sehingga doh lembut

5. Bulat-bulatkan doh

6. Masukkan inti mengikut cita rasa dan biar doh naik sekali ganda (boleh gunakan inti kelapa, kaya atau kacang merah)

7. Kukus di antara 7 hingga 10 minit dengan api sederhana
Tags/Kata Kunci:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Cuti panjang & pelancongan domestik meningkat

Cuti sekolah Malaysia pacu pelancongan di Betong

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami