Fuziah Salleh akan dipanggil muat naik video cetus kegusaran awam – Ayob Khan - pakdin.my

  • Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Larkin
  • Tidak ada undang-undang berbeza sama ada orang awam atau Ahli Parlimen
  • Dakwa dan denda melebihi RM2,000 atau penjara supaya hilang kelayakan sebagai ahli parlimen

Polis akan menyemak satu laman Facebook yang didakwa memuat naik kandungan video yang mencetuskan kegusaran orang ramai, sebelum memanggil seorang Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga bekas timbalan menteri, untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung penularan video tersebut, yang kononnya memaparkan situasi bersesak-sesak melibatkan pekerja Malaysia dari Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, malam tadi.

“Pengarah Imigresen Johor Baharuddin Tahir sudah membuat laporan polis di Balai Larkin, kira-kira 11.30 pagi tadi, dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Facebook kena sahkan (video dimuat naik oleh Ahli Parlimen itu), kalau betul, beliau akan dipanggil untuk siasatan. Kita tidak ada undang-undang berbeza sama ada orang awam atau Ahli Parlimen…undang-undang kita terpakai untuk semua,” katanya.

“Di kawasan Simpang Renggam yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, terdapat 200 lebih anggota bertugas dan kita tidak buat sebarang penambahan, tetapi minggu depan, kita akan pertingkat sekatan jalan raya,” katanya. – Bernama

UTAMABERITAFuziah Salleh akan dipanggil muat naik video cetus kegusaran awam – Ayob...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium