GAYA HIDUPSenang rupanya buat puding pisang kastard Cik Kiah!

Senang rupanya buat puding pisang kastard Cik Kiah!

JIKA anda sudah tak tahu nak jamu apa buat keluarga… apa kata cuba resepi puding pisang kastard!

Dengar macam susah nak buat tapi sebenarnya ia resepi paling mudah tetapi cukup enak di makan seisi keluarga. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Mas Cotek.

Bahan-bahannya:

A. Bahan pisang berserta mentega

5 biji pisang nangka

3 sudu makan mentega

B. Bahan sos kastard

1 tin susu cair

1 cawan air

3 sudu makan tepung kastard

3 sudu makan gula pasir

1/2 sudu makan garam

1 sudu teh esen vanila

C. Bahan-bahan lain

Ceri merah

Ceri hijau

Kismis

Cara-caranya;

1. Cairkan mentega, kemudian masukkan semua pisang dan gaul rata (bahan A). Sejukkan dalam peti ais.

2. Satukan semua bahan (B) dan sebatikan.

3. Masakkan semua bahan-bahan itu sehingga sebati menggunakan api perlahan. Pastikan adunan dikacau sehingga pekat.

4. Sejukkan sebelum disiriam ke atas pisang. Taburkan bahan-bahan (C) iaitu kismis, ceri sebagai hiasan.
Tags/Kata Kunci:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Cuti panjang & pelancongan domestik meningkat

Cuti sekolah Malaysia pacu pelancongan di Betong

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami