Tun Mahathir tidak boleh dianggap sebagai pembangkang – Haniff Khatri

Ketika ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mempunyai dua ‘puak’ atau faction iaitu kumpulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu yang kemudian bertindak keluar dari gabungan Pakatan Harapan (PH) serta menubuhkan Perikatan Nasional (PN) sekaligus menjadi kerajaan dengan gabungan seperti UMNO, Pas, gabungan parti Sarawak.

Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi Bersatu pula kekal dengan PH yang kini sudah bergelar pembangkang.

Laporan media pula menyebut ada kemungkinan Dr Mahathir akan duduk di blok pembangkang ketika persidangan Dewan Rakyat yang dijadual pada 18 Mei depan.

Kenyataan ini juga diakui sendiri oleh Dr Mahathir semalam.

Bagaimanapun menurut peguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula, walau apa pun ‘faction’ dalam Bersatu, Ahli Parlimen Langkawi yang juga bekas Perdana Menteri ke-7 sebelum ini tidak boleh dianggap sebagai pembangkang.

“Walau apa sekalipun, ‘faction’ Parti Bersatu di bawah teraju Tun Mahathir tidak boleh dianggap sebagai tergolong di dalam pembangkang di bawah PH sama sekali.

“Sesungguhnya, hakikat ini adalah yang sebenar setakat kini, disebabkan mana-mana perubahan lanjut pendekatan para pemimpin berkenaan, cuma boleh dilaksanakan apabila isu dalaman parti dapat dibincangkan oleh pucuk pimpinan Parti Bersatu.

“Itupun selepas diangkat halangan pergerakan aktiviti Mesyuarat mahupun Perhimpunan Parti yang dikenakan oleh Pendaftar Pertubuhan sejak 16.03.2020 itu, yang dijangka selepas selesainya gejala COVID-19 kelak,” tulisnya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam Dr Mahathir mendakwa bahawa parti Bersatu dengan dirinya sebagai Pengerusi kini terbelah dua.

“Jadi, pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan PH tetapi bukan sebagai anggota Pakatan,” jelas Dr Mahathir.

Mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu, Haniff berkata, pada dasarnya ia mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercanggah dari sudut kedaulatan undang-undang walaupun mungkin “janggal” di fikiran rakyat biasa.

Beliau juga berpandangan bahawa ahli-ahli Bersatu dan rakyat Malaysia tidak harus melihat perkembangan tersebut sebagai sesuatu yang tidak baik.

Sebaliknya, kata beliau, mereka harus menerima perkembangan tersebut sebagai langkah positif agar politik negara dan tadbir urus kerajaan di bawah konsep demokrasi berparlimen di negara kita dapat keluar daripada kepompong mahupun tempurung politik kepartian semata-mata.’

“Pada masa yang sama, kesemua pihak harus sedar dan sabar terima hakikat, jikapun ada apa-apa penyelesaian positif di kalangan para pemimpin parti Bersatu secara muktamad ianya cuma boleh berlaku selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan gejala COVID-19 itu, kelak, In Shaa Allah,” katanya.(Malaysia Gazette)

Rujukan:
Tun Mahathir Bakal Dipecat Dari Bersatu?

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...