UtamaNASIONAL SKMM laksana lebih...

[Video] SKMM laksana lebih 200 serbuan banteras sindiket judi dalam talian – Zahidi - pakdin.my

  • Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata SKMM memandang serius usaha membanteras sindiket judi online
  • Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan

Lebih 200 serbuan dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras sindiket judi dalam talian yang didapati meningkat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata SKMM memandang serius usaha membanteras sindiket itu, malah sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan sebarang aktiviti berkaitan dan melakukan tangkapan terhadap mereka yang terlibat.

“Mereka yang ditahan ini akan berdepan tindakan undang-undang mengikut tujuh akta yang mengawal aktiviti perjudian ini, antaranya Akta Rumah Judi Terbuka 1993, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Pertaruhan 1953,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Malaysia Hari Ini terbitan TV3, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kegiatan judi haram dalam talian, menerusi [email protected] atau melalui talian aduan 1800188030, 03-86881880 (faks) dan 016-2206262 (WhatsApp).

PKP dikuat kuasa sejak 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini dan kini memasuki fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei. — BERNAMA

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...