[Video] Malaysia ketika di bawah BN tidak terima satu Sen dana membantu pelarian Rohingya

Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan Malaysia ketika di bawah Barisan Nasional (BN) tidak menerima walau satu sen pun dana yang dijanjikan oleh negara luar bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini.

Jelas beliau, bantuan tersebut dikatakan telah diterima oleh Malaysia ketika BN bukan lagi menjadi pemerintah.

“Saya sendiri telah mengusahakan bantuan daripada sebuah negara dan ketika BN memerintah, tidak ada satu sen pun bantuan itu diperolehi oleh kerajaan Malaysia atau masuk dalam mana-mana yayasan atau akaun peribadi seseorang… tidak ada langsung.

“Saya difahamkan bantuan itu telah dihantar ke Malaysia ketika BN tidak lagi menjadi pemerintah dan tentunya bantuan itu adalah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN di mana saya sendiri telah memohon bantuan itu tetapi kita tidak bernasib baik kerana kita tidak lagi menjadi kerajaan.

“Perkara ini harus dijelaskan kerana saya tidak mahu timbul pelbagai tuduhan apatah lagi mereka yang menuduh itu menjadi orang yang menjana dosa kering terutama dalam bulan Ramadan ini. Saya harap pahala puasa dan ibadah mereka akan saya perolehi jika kebetulan orang yang menuduh dan buat fitnah itu bercakap tentang perkara yang tidak benar. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka dan saya sedia memaafkan jika mereka melakukan tuduhan di bulan Ramadan ini,” ujar beliau dalam satu sidang media yang diadakan di Menara Dato’ Onn hari ini.

Untuk rekod, ketika Ahmad Zahid menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau telah mengumumkan bahawa Qatar antara negara Islam terbaru ketika itu tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Melalui kerjasama tersebut, Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian UNHCR.

Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak Rohingya dan skim perlindungan insurans untuk rawatan dan perubatan. – UMNO ONLINE

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...