Tempoh lockdown panjang dijangka sebabkan 7 juta kehamilan secara ‘tak sengaja’ - pakdin.my

TEMPOH berkurung yang panjang di seluruh dunia berikutan penularan pandemik Covid-19 bakal megakibatkan tujuh juta kehamilan berlaku.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), pelbagai faktor sampingan yang menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah ini.

Kajian yang dilakukan mendapati akses perancangan keluarga atau menghadapi kehamilan yang tidak diduga disebabkan keganasan terhadap wanita dan amalan lain menyebabkan jumlah naik mendadak.

“Data ini menunjukkan kesan yang berlaku ketika tempoh Covid-19 ke atas wanita dan gadis di peringkat global,” jelas Pengarah Kanan UNFPA Dr Natalia Kanem.

“Pandemik ini semakin berpanjangan, dan berjuta-juta wanita dan gadis kini berisiko kehilangan kemampuan untuk merancang keluarga dan melindungi tubuh dan kesihatan sendiri.”

Terdapat juga 31 juta kes tambahan keganasan berdasarkan gender dalam tempoh yang sama, dengan 15 juta lagi kes dijangka setiap tiga bulan sejak lockdown.

Pandemik ini juga telah mempengaruhi program Female Genital Muttilation (FGM) dan perkahwinan kanak-kanak.

Kajian ini dilakukan dengan kerjasama Avenir Health, Universiiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat dan Universiti Victoria, Australia.

UTAMAGAYA HIDUPTempoh lockdown panjang dijangka sebabkan 7 juta kehamilan secara 'tak sengaja'

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium