Semua 36 Adun Kedah menghadap Sultan esok  - pakdin.my

“Betul, saya baru terima…dapat jemputan. Jemputan saya untuk sesi petang,” katanya yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah.

Adun daripada DAP, Teh Swee Leong (Kota Darul Aman) juga mengesahkan menerima jemputan itu.

“Esok (15 Mac) akan menghadap Sultan Kedah pada jam 3.30 petang,” katanya.

Seorang Adun PAS yang enggan dinamakan pula berkata beliau dijemput menghadap Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman pada jam 10 pagi.

Sementara itu, Adun Bebas, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) turut mengesahkan menerima surat jemputan itu yang meminta hadir pada sebelah pagi.

Jemputan menghadap itu dipercayai susulan perkembangan politik Kedah di mana Selasa lalu, dua Adun PKR Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert mengumumkan keluar parti serta menyatakan sokongan kepada kerajaan PN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada hari sama, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan 19 daripada 36 Adun Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Muhammad Sanusi mendakwa empat Adun Bersatu juga telah hilang kepercayaan kepada Mukhriz, yang merupakan Timbalan Presiden Bersatu. – BERNAMA

UTAMAPOLITIKSemua 36 Adun Kedah menghadap Sultan esok 

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium