UtamaNASIONALPolis KL Minta Azmin...

Polis KL Minta Azmin Pastikan PKR Patuhi 10 Syarat Adakan Perhimpunan - pakdin.my

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menunjukkan dokumen yang telah ditandatangani oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mengenai penafiaannya tentang syarat yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhimpunan '901' di Mahkamah Jalan Duta esok pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Ahad

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannyaesok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau turut menafikan kenyataan Azmin, yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin,” katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita pada Sabtu.

Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL pada Jumaat lepas.

Bahkan, jelas Mohmad surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.

“Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyaisalinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar,” katanya.

Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu.

Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.

“Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.

“Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan),” katanya.

Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi.

Perhimpunan itu diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan esok terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat PKR, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 26 Jun 2008.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...