Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaEKONOMIZafrul: Kerajaan tak guna...

Zafrul: Kerajaan tak guna pinjaman asing biayai Prihatin, Penjana - pakdin.my

Kerajaan tidak menggunakan pinjaman asing untuk membiayai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, sebaliknya, kerajaan menggunakan pinjaman tempatan dengan memanfaatkan pasaran bon tempatan, terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

Beliau berkata jumlah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekarang berada pada 52 peratus, iaitu di bawah had statutori 55 peratus.

“Kuncinya adalah kita perlu memastikan kita mempunyai mudah tunai mencukupi dalam pasaran…yang mana kita ada.

“Jika Malaysia perlu menaikkan had statutori hutang berbading KDNK pada 55 peratus, memandangkan tempoh yang mencabar dan belum pernah berlaku sebelum ini, ia perlu pada asas sementara, dengan fokus menurunkannya kembali dalam tempoh terdekat…tiga tahun rasanya paling sesuai,” katanya kepada Bernama.

Tengku Zafrul juga optimis Malaysia mampu menampung jangkaan defisit yang diunjurkan pada kira-kira 5.8-6.0 peratus tahun ini, memandangkan negara mempunyai rekod prestasi baik menurunkannya daripada 6.7 peratus pada 2009 semasa krisis kewangan kepada kira-kira tiga peratus dalam masa lima tahun.

Jangkaan defisit bagi 2020 mengambil kira harga minyak berada pada US$30 setong (minyak mentah Brent) dan pelaksanaan pelan rangsangan dan pemulihan jangka pendek kerajaan.

Menurutnya, dengan pelaksanaan pakej rangsangan yang cekap, kerajaan menjangka sumbangan kepada KDNK sebanyak 2.8 peratus daripada PRIHATIN dan 0.6 peratus daripada Penjana.

Sejajar dengan pembukaan semula ekonomi negara secara berfasa, yang menyaksikan 12.7 juta atau 83.5 peratus daripada tenaga kerja kembali semula bekerja setakat ini, Tengku Zafrul yakin Malaysia mempunyai persediaan yang lebih baik melaksanakan pemulihan pada 2021.

Beliau juga menekankan tentang kepentingan bagi rakyat untuk membelanjakan pendapatan boleh guna mereka membeli lebih banyak barangan dan perkhidmatan tempatan bagi merangsang permintaan domestik, yang mewakili kira-kira 60 peratus daripada KDNK.

Sementara itu, bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang, Tengku Zafrul berkata akses Internet dan perkhidmatan digital akan terus menjadi fokus utama untuk ditangani kerajaan.

“Kita perlu mempercepat pelaburan dari segi kualiti dan akses Internet di negara ini, kerana ia menunjukkan betapa pentingnya ia kepada rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Selain itu, katanya, keperluan untuk melabur dalam modal insan dan melengkapkan rakyat dengan kemahiran yang sesuai menerusi latihan, latihan semula dan latihan kemahiran semula juga akan menjadi satu lagi fokus utama bagi kerajaan malahan selepas berakhirnya pandemik Covid-19.

Keseluruhannya, kedua-dua pakej Prihatin dan Penjana bernilai RM295 bilion, dengan RM45 bilion dalam bentuk suntikan fiskal langsung.

– Bernama

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883