GAYA HIDUPNasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali.

Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis makanan terproses dan mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Tinggi kandungan lemak tepu ( lemak trans meningkatkan risiko kanser)
2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
3. Tinggi bahan pengawet
4. Boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan
5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.

Kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat SEDIKIT.

Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik mengenai pemakanan, anda boleh rujuk Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Semoga info ini memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!

#sedaptaksemestinyamasin
#sukusukuseparuh
#kkmterbaik

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami