BERITANGO buat laporan kepada SPRM dakwa Yang di-Pertua Sabah salah guna kuasa

NGO buat laporan kepada SPRM dakwa Yang di-Pertua Sabah salah guna kuasa

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, mendakwa Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin menyalahgunakan kuasa dalam pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), minggu lalu.

Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Zulkarnain Mahdar berkata, Juhar sepatutnya tidak menyetujui permohonan ketua menteri Shafie Apdal untuk membubarkan DUN.

Beliau berkata, Juhar sepatutnya bertemu dengan semua wakil rakyat sebelum membubarkan DUN kerana Shafie tidak lagi mendapat majoriti dan beliau perlu menunjukkan sikap berkecuali dalam membuat keputusan.

“Juhar sepatutnya berhenti bersembunyi dalam istana jika dia betul-betul hendak melibatkan diri terus dalam politik,” katanya.

Ini kali ke-2 laporan dibuat terhadap ketua negeri Sabah itu.

Pada Disember 2018, G57 membuat laporan selepas Perlembagaan Sabah dipinda bagi membolehkan Juhar menduduki kerusi itu untuk tempoh lebih lama.

Zulkarnain berkata, tempoh lebih lama sebagai Yang di-Pertua Negeri adalah imbuhan kepada Juhar atas peranannya memastikan Shafie dilantik sebagai ketua menteri.

“Inilah sebabnya mengapa kami membuat laporan kepada SPRM bagi membolehkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat perkara itu,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Siasatan SPRM Terhadap Bekas Pegawai Tabung Haji: Soalan Tentang Masa, Standard dan Label Politik

SPRM Dalam Proses Bawa Pulang Aset 1MDB milik Jasmine Loo

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami