Tuesday, July 23, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

PAS sasar peranan ‘kingmaker’ dengan sertai 2 gabungan politik - pakdin.my

PAS menyasarkan peranan “kingmaker” dalam pilihan raya umum akan datang sewaktu ia membentuk jawatankuasa pro-tem dengan PPBM untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN), kata 2 sumber dalaman parti itu.

Seorang daripada mereka berkata, PAS mahu mengimbangkan “kekuatan” Umno berbanding parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

“PAS bersedia untuk bekerjasama dengan Umno dan PPBM. Ini akan menyaksikan Umno bergantung pada PAS melalui MN, dan PPBM berpaut pada parti itu dalam PN,” katanya kepada FMT.

Semalam setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa parti itu merupakan sebahagian daripada jawatankuasa pro tem dengan PPBM untuk mendaftarkan PN secara rasmi.

Takiyuddin bagaimanapun tidak pasti sama ada Barisan Nasional (BN) akan turut menyertainya.

Umno sebelum ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkuatkan MN, iaitu gabungan politiknya dengan PAS.

Sumber dalaman itu juga berkata, PPBM bukan ancaman kepada PAS, tidak seperti Umno yang mempunyai lebih ramai ahli Parlimen.

“Ini menjadikan Umno lebih kuat dan mungkin tidak memberikan kerusi mereka kepada PAS dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya.

Justeru, PAS menggunakan PPBM “untuk mengimbangi Umno dan sekali gus menggunakan Umno untuk menekan PPBM.”

Beliau berkata, PAS mahu menjadi pemain utama dalam pilihan raya akan datang.

Umno memerlukan PAS untuk membentuk kerajaan dengan menarik undi orang Melayu, tetapi PAS sedar langkah itu lebih memberi manfaat kepada Umno yang akan memenangi lebih banyak kerusi.

Dalam pada itu katanya, PPBM memerlukan PAS kerana ia tidak mempunyai sokongan di peringkat akar umbi.

“Ketiga-tiga parti Melayu ini mahu mengimbangi satu sama lain. Mereka tidak mahu menyuarakannya secara terbuka, jadi mereka saling ‘bersilat’ secara tidak langsung,” katanya.

Sumber lain berkata, kenyataan Takiyuddin itu juga bertujuan mempersiapkan parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 26 September depan.

“Mereka tahu Umno tidak akan memberikan bilangan kerusi yang PAS mahu dalam pilihan raya itu. Bagi menghadapi keadaan itu, mereka akan melancarkan logo serta bendera PN tidak lama lagi sebagai ujian dalam PRN Sabah,” katanya.

Beliau berkata, beberapa parti di Sabah dijangka menyertai PN.
“Umno fikir ia kuat, tetapi mereka tidak akan pergi jauh tanpa parti lain.”

Minggu lepas, presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti itu akan menyertai MN, sekali gus mencetuskan reaksi berbelah bagi dalam kalangan pemimpin Umno.

Sebahagian mereka mengalu-alukan kemasukan PPBM, sementara yang lain mengingatkan parti itu supaya tidak menuntut kerusi.

BN mempunyai 42 kerusi Parlimen, PPBM 32 dan PAS 18. – FMT

Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan

Tanda-tanda biasa, perubahan mood, corak tidur, tahap tenaga, selera makan; kerengsaan; kesukaran menumpukan perhatian atau membuat keputusan; putus asa tidak berdaya; sukar mengawal emosi; menarik diri daripada rakan dan aktiviti; pemikiran untuk melakukan perkara ekstrem membahayakan diri. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165083

Tasik terbesar di dunia mengering secara mendadak, dan saintis berkata mereka telah mengetahui sebabnya

Walaupun tasik hanya meliputi sekitar 3% daripada planet ini, ia menampung hampir 90% air tawar permukaan cecairnya dan merupakan sumber penting air minuman, pengairan dan kuasa, dan ia menyediakan habitat penting untuk haiwan dan tumbuhan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165071

Sahabat kopi

Usah pendam dan menjeruk hati seorang diri carilah ‘sahabat kopi’ yang kita selesa untuk bercerita. Pilihlah waktu yang sesuai untuk duduk bersama sambil berbual dan menikmati aroma kopi bersama sahabat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164593

Cabaran ‘syurga’ ganja di Thailand

SEJAK kerajaan Thailand membenarkan penanaman dan penggunaan ganja dalam...

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

(Dari blog pakdin.my) Bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas...

COVID-19: Kes aktif bawah 165 ribu; kes baharu dan kluster semakin berkurangan

Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan...

Suami isteri selisih faham, polis rampas pistol dan 18 peluru di Sungai Buaya

Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan merampas sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

[VIDEO] Asrama SMK Song 1 terbakar, 4 warden dan pelajar selamat

Asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1, dalam Bahagian Kapit, musnah dalam kebakaran, hari ini. Ketika kejadian kira-kira jam 4 petang itu, hanya dua pelajar berada di asrama dua tingkat itu.

Apakah CrowdStrike, syarikat yang dikaitkan dengan gangguan sistem global?

Gangguan komputer global yang menjejaskan lapangan terbang, bank dan perniagaan lain pada hari Jumaat 19 Julai 2024 nampaknya berpunca sebahagiannya daripada kemas kini perisian yang dikeluarkan oleh firma keselamatan siber utama AS CrowdStrike.

Gangguan global siber ‘Crowdstrike’ Microsoft menyebabkan penerbangan tergendala dan menjejaskan perniagaan

Gangguan teknologi global telah menjejaskan operasi merentasi pelbagai industri pada hari Jumaat, dengan syarikat penerbangan menghentikan penerbangan, beberapa penyiar tidak beroperasi dan perkhidmatan daripada perbankan kepada penjagaan kesihatan yang dilanda masalah sistem akibat gangguan teknikal ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.

[VIDEO] PRK NENGGIRI: BN pertaruh calon muda, Mohd Azmawi Fikri

Ketua Pemuda Umno Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

[VIDEO] Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan dari Dewan Rakyat mulai hari ini – Speaker

Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, bermula hari ini 18 Julai 2024.

[VIDEO] Ahli Parlimen bertanggungjawab walau ada imuniti, kata Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, Ahli Parlimen bertanggungjawab terhadap kenyataan dikeluarkan ketika berbahas di Dewan Rakyat, walaupun mempunyai imuniti.

[VIDEO] PRK Nenggiri: Calon BN umum minggu ini, tampil anak tempatan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan akan diumum dalam minggu ini.

[VIDEO] Pennjawat awam direman tujuh hari bagi banntu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartin

Seorang penjawat awam direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang semalam 15 Julai 2024.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: