BERITAPOLITIKApa Kebaikan Penubuhan PN Kepada UMNO dan BN?

Apa Kebaikan Penubuhan PN Kepada UMNO dan BN?

1. Ia akan memaksa UMNO keluar dari zon selesa dan menyedari realiti politik semasa bahawa kita harus membina kekuatan sendiri bukan bergantung kepada parti lain.

2. Memberi kefahaman kepada pemimpin dan penyokong UMNO bahawa Muafakat Nasional hanyalah platfom kerjasama bukan azimat kemenangan PRU. Jadi jangan sombong dan ego.

3. Tidak ada lagi isu kumpulan Azmin Ali akan guna logo Barisan Nasional. Kita tidak perlu sokong Azmin Ali atau sesiapa yang kita tidak suka dari parti lain.

4. Di kerusi-kerusi yang tiada persetujuan bersama boleh bertanding sendiri-sendiri biar rakyat menentukan.

5. Malahan kita boleh sahaja membuat persetujuan sekadar kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu dan bertanding semua kerusi DUN dan majoriti bukan Melayu.

6. Oleh kerana kita akan bekerjasama di sesetengah tempat, maka PRU akan datang bukan soal memburukkan lawan tetapi menawarkan sesuatu yang lebih baik.

7. UMNO dan BN harus bersedia ke arah ini.

Oleh Ab Jalil Backer

https://pakdin.my/tag/perikatan-nasional

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami