UtamaNASIONALAir Selangor: Kerajaan Negeri...

Air Selangor: Kerajaan Negeri Digesa Henti Main Politik - pakdin.my

Kerajaan negeri Selangor digesa supaya berhenti daripadaterus mempolitikkan isu penstrukturan semula tarif air di negeri berkenaan ekoran pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan Selangor tidak seharusnya menyalahkan kerajaan Pusat dalam isu berkenaan kerana kadar tarif air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri.

Malah tegas beliau, kerajaan negeri turut bertanggungjawab dalam meluluskan pembinaan projek loji rawatan air itu oleh kerajaan Pusat.

“Jangan politikkan kadar tarif air, ia tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat, semua caj air ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan Pusat.

“Saya tidak ada kuasa untuk tentukan kadar harga, ia (penstrukturan kadar air) bukan lagi isu. Saya minta kerajaan negeri beri kelulusan segera kepada kami untuk laksana projek loji air ini demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di sini, Isnin.

Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tertangguh dan mengalami kelewatan kerana kerajaan negeri Selangor masih tidak memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Selangor mengulangi pendiriannya bahawa ia hanya akan memberikan persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 setelah penstrukturan semula industri air di negeri itu diselesaikan.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr Xavier Jayakumar, berkata penstrukturan itu akan membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadartarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat.

Mengulas lanjut Peter Chin berkata, isu penstrukturan semula industri air selangor perlu disegerakan memandangkan pada 2014, dijangkakan krisis air akan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya jikatidak di atasi segera.

“Kalau kami ada kelulusan (kerajaan negeri), esok lusa boleh mula, saya ada peruntukan, reka bentuk pun sudah siap.

“Demi kepentingan rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, besar harapan saya supaya kerajaan negeri tidak menjadikan isu penstrukturan semula tarif harga sebagai barang tawaran untuk melaksanakan projekini,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...