Guan Eng dituduh dengan curang menyebabkan lupus tanah - pakdin.my

BUTTERWORTH: Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen atas tuduhan yang berkait dengan pelupusan harta milik kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta kepada 2 syarikat.

Beliau dituduh dengan curangnya menyebabkan Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang melupuskan tanah milik kerajaan negeri di Tanjong Pinang (Lot 702 Seksyen 1) bernilai RM135,086,094.00 kepada Ewein Zenith Sdn Bhd; dan tanah milik kerajaan negeri di Tanjong Pinang (Lot 10012 Seksyen 1) bernilai RM73,668,986.00 kepada Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Tuduhan bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu, iaitu menyalahgunakan harta dengan curang, memperuntukkan hukuman penjara 5 tahun, sebatan, dan denda jika disabit kesalahan.

Bagi tuduhan pertama, Lim dituduh melakukan perkara itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang pada 17 Feb 2015, dan pada 22 Mac 2017 bagi tuduhan kedua.

Lim mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, meminta jaminan RM1 juta bagi 3 tuduhan rasuah sebelum ini dipanjangkan kepada kes ini.

Hakim menetapkan 12 Okt untuk sebutan, dan membenarkan pendakwa raya memohon kes dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Ditemui pemberita di luar mahkamah, Shaharuddin memberitahu tuduhan hari ini merupakan tuduhan terakhir terhadap Lim, yang juga setiausaha agung DAP.

“Orang kampung cakap kita dah nampak kepala, nampak badan, kita nak tengok ekor pula. Ini ekor dia,” katanya.

UTAMABERITAGuan Eng dituduh dengan curang menyebabkan lupus tanah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium