UtamaPOLITIKPILIHAN RAYAMungkin Ada Calon Yang...

Mungkin Ada Calon Yang Menang PRU-12 Digugurkan – Azizan - pakdin.my

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak membayangkan kemungkinan ada calon yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU)ke-12 tidak dipilih bertanding pada PRU ke-13.

Beliau berkata nama calon boleh menang telah disenarai oleh PAS Kedah dan dikemukakan kepada Majlis Syura PAS Pusat untuk tapisan serta penentuan mereka yang paling layak dipilih bertanding.

“Saya tidak boleh jamin mereka yang menang dulu dipilih lagi… mungkin ada muka baru dicalonkan kali ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman, Rabu.

Katanya, Majlis Syura akan membuat tapisan daripada pelbagai aspek khususnya moral, integriti, kematangan serta keupayaan calon bagi memastikan mereka adalah calon boleh menang, dan PAS Kedah hanya boleh memberi pandangan.

Azizan, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkata beliau tidak mengetahui spekulasi bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa akan bertanding di Kedah pada PRU kali ini.

“…kita dalam PAS tak ada masalah. Sesiapa saja yang dicalonkan boleh bertanding di mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata pembahagian kerusi antara parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah diselesaikan mengikut formula PRU 2008, kecuali sedikit masalah membabitkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Azizan berkata PAS akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala DAP, yang diberi satu kerusi pada 2008, meminta tambahan empat kerusi daripada 11 yang diperuntukkan kepada PKR.

“Saya tidak akan campur tangan masalah mereka kerana masalah ini akan diselesaikan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat,” katanya.

Mengenai Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan PAS Pusat bagi memantau pentadbiran kerajaan pimpinannya, beliau berkata beberapa pertemuan diadakan dan perbincangan hanya menyentuh isu pentadbiran, program pembangunan, halangan serta pencapaian PAS Kedah menunaikan janji dalam manifesto PRU ke-12.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...