BERITAADUN Warisan Kunak positif COVID-19

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan positif COVID-19.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, bekas Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat itu menjelaskan beliau kini menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Kota Kinabalu.

“Salam semua keluarga Kunak dan rakan taulan yang dikasihi.

“Adalah dimaklumkan bahawa YB Puan Norazlinah Hj Arif setelah melalui ujian COVID-19 yang kedua disahkan positif dan kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas menjadi kontak rapat kepada ahli keluarganya yang positif wabak itu, namun pulih sepenuhnya.

Katanya, selain tiada sebarang simptom COVID-19, beliau kini secara zahirnya berada dalam keadaan stabil dan memohon agar dikurniakan kesembuhan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah baru-baru ini, Norazlinah yang bertanding atas tiket Parti WARISAN memenangi kerusi DUN Kunak selepas menewaskan lima calon lain dengan majoriti 589 undi.

https://web.facebook.com/norazlinaharif/posts/3246304765486571

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Pasti “Menang” vs “Yakin Menang”: Formula Anwar Ibrahim yang tak pernah bosan gagal

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami