BERITAPOLITIKPasti "Menang” vs “Yakin Menang”: Formula Anwar Ibrahim yang tak pernah bosan...

Pasti “Menang” vs “Yakin Menang”: Formula Anwar Ibrahim yang tak pernah bosan gagal

Apa bezanya “yakin” dengan “pasti”?

Lihat poster itu. Merah menyala, bendera PH berkibar gagah, muka Anwar Ibrahim yang tersenyum penuh keyakinan sambil menumbuk tangan. Tulisannya besar dan berani: “PAKATAN HARAPAN PASTI MENANG” untuk PRN Johor.

“Pasti menang”. Bukan “insyaAllah”, bukan “kita usaha”, bukan “doakan kami”. Pasti. Macam dah bayar deposit dengan Tuhan pun.

Padahal baru je habis PRN Sabah. PM datang, buat pesta, cakap “yakin menang”, minta rakyat tolak politik perbalahan kaum. Hasilnya? Kalah peruk. Kalah teruk macam orang yang pergi exam tak baca buku tapi yakin boleh copy. Poster Sabah mungkin tak sempat dicetak sebab confident level Anwar sudah sampai tahap “tak perlu semak realiti”.

Sekarang, untuk Johor pula, mereka naik taraf. Dari “Yakin Menang” terus ke “Pasti Menang”. Macam tu je. Naik confidence tanpa naik prestasi. Formula klasik Pakatan Harapan: bila polling tak sedap, cetak poster lebih besar, font lebih tebal, dan letak perkataan yang lebih bombastik.

Orang Sabah yang dah rasa dulu pasti gelak tengok poster Johor ni. “Eh, kami dulu pun ‘yakin’ jugak. Akhirnya menang macam mana? Menang undi rosak kot.”

Apa bezanya “yakin” dengan “pasti”? Dalam kamus Anwar, kedua-duanya bermaksud “jangan tanya soalan susah”. Realiti ekonomi, isu kos sara hidup, keputusan kerajaan yang buat rakyat mengeluh — semua tu tak penting. Yang penting adalah semangat poster. Semangat yang selalu kena realiti tumbuk muka setiap kali pilihan raya.

Kali ini Johor pula jadi mangsa eksperimen “Pasti Menang”. Kalau kalah lagi, apa agaknya slogan PRN akan datang? “Sangat Pasti Menang”? Atau terus “Menang Sudah, Tak Payah Mengundi”?

Sementara itu, rakyat cuma boleh tengok poster merah tu dan mengeluh:
“Pasti menang” tu, tolonglah… setidak-tidaknya pastikan dulu elektrik tak putus, harga barang tak naik, dan janji-janji tak jadi angin.

Kerana dari pengalaman Sabah, “Pasti Menang” Anwar biasanya berakhir dengan “Pasti Kalah” untuk rakyat. Lagi teruk.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami