BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300 - pakdin.my

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun depan, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada September lepas.

Menurut Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanawan 2021, peruntukan sebanyak RM151 juta ini akan memanfaatkan lebih 40,000 nelayan diseluruh negara.

Tambahnya lagi sebanyak RM1.7 bilion akan diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan. Peruntukan subsidi itu antara lain membabitkan sebanyak RM570 juta untuk harga padi dan RM960 juta untuk insentif tanaman padi termasuk subsidi baja padi bukit sebanyak RM40 juta yang dijangka dapat memanfaatkan lebih 300,000 pesawah di seluruh negara.

Disamping itu, untuk membantu pekebun kecil getah dalam keadaan harga pasaran rendah, Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan bagi Insentif Pengeluaran Getah akan ditingkatkan sekali ganda daripada RM150 juta kepada RM300 juta sekali gus pendapatan 150,000 pekebun kecil getah persendirian dapat distabilkan.

Dalam pada itiu, bagi membantu peneroka FELDA, sebanyak RM400 juta akan diperuntukkan untuk menghapus faedah hutang kebun peneroka dan menyediakan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.

Rujukan:

PH dan penyokong mereka seperti cacing kepanasan.

Mereka kata PH lah yang naikkan elaun nelayan.

Dan ada tuduh BN yang…

Posted by Najib Razak on Jumaat, 18 September 2020

 

UTAMAEKONOMIBELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium