Muhyiddin terpaksa melutut di kaki UMNO bagi mempertahankan jawatan Perdana Menteri - pakdin.my

“Parti kecil yang merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan UMNO”


(Suara TV) – Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO bagi mempertahankan tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam catatan di Facebooknya berkata, taring Muhyiddin sedikit pun tidak menggerunkan malah melihat begitu sahaja babak Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu tumbang.

“Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada UMNO.

“Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO, melihat begitu saja babak Timbalannya (Ahmad Faizal) dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu persatu,” katanya.

Adly memberitahu, menyingkap peristiwa Langkah Sheraton, pada dasarnya Bersatu memperlihatkan kehebatan mereka.

“Di peringkat awal Langkah Sheraton, nampaklah “mereka” cerdik, dapat kedudukan Perdana Menteri, Menteri Kanan, Menteri dan kekal di Perak.

“Kemuncaknya adalah apabila mereka berjaya menubuhkan Perikatan Nasional (PN) dan kejayaan yang terbaru dengan merampas Sabah daripada tangan Warisan.

“Parti kecil yang merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan UMNO,” katanya.

Kata Adly, dalam sistem demokrasi, kuasa ditentukan oleh rakyat manakala UMNO antara parti terkuat di Malaysia, yang berkuasa menjatuhkan mereka adalah rakyat pada 2018.

“Tapi sayang, kuasa rakyat itu dikhianati. Ada parti politik merasakan mereka boleh menentukan masa depan negara dengan membelakangkan mandat rakyat.

“Benarlah kata Datuk A Kadir Jasin, umpama ular lidi yang cuba memakan ular sawa. Langkah politik terakhir Muhyiddin adalah dengan cadangan darurat kepada negara, syukur negara tidak dikorbankan.

“Politik dihadapan tanpa berpegang kepada mandat rakyat akan belit-membelit, penuh tipu muslihat, percaya dan tidak percaya. Kita perhatikan sahaja,” jelasnya.

UTAMAPOLITIKMuhyiddin terpaksa melutut di kaki UMNO bagi mempertahankan jawatan Perdana Menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium