Putera Mahkota Arab Saudi terima suntikan vaksin Covid-19 - pakdin.my

RIYADH, Arab Saudi – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman telah menerima suntikan dos pertama vaksin koronavirus di negara itu.

Suntikan diterima Putera Mohammed adalah sebagai sebahagian daripada rancangan imunisasi nasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi, lapor agensi berita SPA, semalam.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Tawfiq Al-Rabiah mengucapkan terima kasih kepada putera mahkota atas ketekunan dan kepekaan yang berterusan untuk memberikan vaksin kepada rakyatnya.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah satu bentuk kejayaan yang dicapai oleh kerajaan sejak pandemik koronavirus bermula Mac lalu.

“Ini juga salah satu perkembangan terpenting dalam Wawasan 2030 iaitu memberi kesedaran bahawa pencegahan lebih baik daripada menyembuhkan,” kata Tawfiq.

Beliau menambah, kejayaan ini dicapai dengan peningkatan langkah berjaga-jaga sambil mengutamakan kesihatan orang ramai yang diambil oleh kerajaan Arab Saudi.

Menurutnya, kerajaan telah berusaha untuk menyediakan vaksin yang selamat dan dipersetujui di peringkat antarabangsa dalam tempoh masa singkat untuk diedarkan kepada rakyat.

“Kecekapan ini menjadikan Arab Saudi sebagai salah satu negara terbaik di dunia dalam menangani pandemik koronavirus,” ujarnya.

Lebih 500,000 orang telah mendaftar untuk mengambil vaksin Covid-19 sejak diumumkan Selasa lalu.

UTAMADUNIAPutera Mahkota Arab Saudi terima suntikan vaksin Covid-19

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium