UtamaMKN tolak permohonan Umno...

MKN tolak permohonan Umno nak adakan pemilihan – Sumber - pakdin.my

Permohonan Umno untuk mengadakan pemilihan parti itu bulan ini ditolak Majlis Keselamatan Negara (MKN) ekoran peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Menurut sumber MKN, situasai ketika ini tidak memungkinkan parti orang Melayu itu untuk mengadakan pemilihan seperti yang dijadualkan lebih awal.

“Sudah pasti MKN akan menolak permohonan Umno untuk mengadakan pemilihan parti kerana situasi Covid-19 ketika ini yang kini masih menular.

“Umno merupakan sebuah parti yang mempunyai banyak bahagian dan cawangan, jika diadakan pemilihan akan berlaku banyak perhimpunan.

“Kami khuatir jika ia diadakan, akan wujud kluster baru pula,” katanya seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

Pada 19 Mei lalu, Malaysiakini melaporkan Umno memang berhajat meneruskan pemilihan parti namun akan tetap akur terhadap sebarang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

Umno juga terbuka jika pihak berkuasa menetapkan pemilihan parti tidak dapat dilangsungkan dalam masa terdekat.

Ia susulan khabar angin yang mendakwa bahawa MKN tidak membenarkan Umno mengadakan pemilihan ekoran penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, berkata badan tertinggi pati itu membuat ketetapan untuk merujuk kepada MKN terlebih dulu sebelum mengadakan pemilihan.

“Keputusan MT Umno sebelum ini kita akan merujuk MKN terlebih dulu bagi mengadakan pemilihan.

“Kalau MKN kata tak boleh (adakan pemilihan) kita akur,” kata Tajuddin.

Sebelum ini dimaklumkan Umno menghantar surat permohonan bagi mengadakan pemilihan parti.

Umno telah dimaklumkan mengenai keputusan MKN menolak permohonan parti itu untuk mengadakan pemilihan.

“Fokus kerajaan kini berfokus kepada usaha membebaskan negara daripada ancaman wabak Covid-19,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun sumber berkenaan tidak memaklumkan sama ada surat pemaklumkan mengenai perkara itu telah dihantar kepada Umno ataupun tidak.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...