PILIHAN RAYAUmno Pusat Sudah Terima Semua Senarai Nama Calon Bagi PRU-13

Umno Pusat Sudah Terima Semua Senarai Nama Calon Bagi PRU-13

Umno Pusat Sudah Terima Semua Senarai Nama Calon Bagi PRU-13Umno pusat sudah menerima semua senarai nama calon parti itu yang berpotensi bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Senarai nama calon itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lepas, katanya.

Beliau berkata semua bahagian Umno telah diminta mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

“Bagaimanapun senarai nama calon yang diutarakan kepada pucuk pimpinan ini bukan muktamad,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) peringkat Tanjong Karang, di sini Jumaat.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung BN, berkata beliau juga telah meminta parti komponen BN lain untuk menyenaraikan nama-nama calon di kawasan yang akan ditandingi.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami