UtamaHimpunan Pra Bersih 3.0...

Himpunan Pra Bersih 3.0 Tidak Mendapat Sambutan - pakdin.my

Kurang dua minggu menjelang demonstrasi Bersih 3.0 sekurang-kurangnya dua peristiwa yang telah melemahkan semangat penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang telah berlaku.

 14 April lepas demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 – 300 orang saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan sebelum ini.

 Malam tadi pula perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir dianggarkan hanya 700 – 800 sahaja yang hadir.

 Jumlah tersebut termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul Kadir Sheikh Fazhil.

 Perhimpunan tersebut yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi ‘Duduk Bantah’ pada 28 April kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.

 Kalau dah sasaran 10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih 3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.

 Sandaran pembangkang makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.

 Pemimpin pembangkang sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.

 Kegagalan dua demo anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...