Segerakan Sidang Parlimen Tanpa Banyak Dalih : Usah Derhaka Kepada Raja – Asyraf - pakdin.my

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan perlu menyegerakan Titah Tuanku berhubung sidang Parlimen atau Kerajaan hari ini bakal diselar rakyat sebagai kerajaan derhaka.

Soal beliau kenapa susah sangat untuk memahami Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah yang jelas dalam dua kenyataan media pada 16 Jun lalu menitahkan supaya Parlimen wajar bersidang dalam masa terdekat, sehinggakan Tuanku Agong harus sekali lagi memanggil kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk mengadap?

“Hari ini terjawab polemik yang sengaja dicetuskan mengenai sidang Parlimen yang mesti disegerakan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memanggil mengadap kedua-dua Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Sejurus selepas sesi mengadap, satu lagi kenyataan media Istana Negara dikeluarkan bagaikan memperkukuhkan lagi Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang mahu Parlimen bersidang secepat mungkin,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata Asyraf lagi kedua-dua kenyataan media Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini yang jelas mengggunakan perkataan secepat mungkin dan segera untuk menzahirkan hasrat Tuanku Agong dan Raja-Raja Melayu yang mahu Parlimen bersidang untuk membahaskan segala permasalahan rakyat yang berhadapan dengan Pandemik COVID-19.

Tambahnya Parlimen juga boleh bahaskan kelak apakah benar Darurat yang diproklamasikan Kerajaan adalah untuk tujuan menangani COVID-19 atau mempertahankan kuasa.

“Yang pasti jika membaca kedua-dua kenyataan media sebelum ini dengan hati terbuka, jelas bahawa Tuanku Agong dan Raja-Raja Melayu amat prihatin akan keperitan rakyat hari ini yang benar-benar susah, terdesak dan amat tertekan.

“Justeru, segerakan Titah Tuanku atau Kerajaan hari ini bakal diselar rakyat sebagai kerajaan derhaka,” ujarnya.- UMNO Online

UTAMAPOLITIKSegerakan Sidang Parlimen Tanpa Banyak Dalih : Usah Derhaka Kepada Raja –...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium