3 Tahun Tiada Peluang Kerja Baru Kini 550 Bakal Kehilangan Kerja di Kedah

Kulim Hi-Tech Park pernah dianggap sebagai lubuk emas bagi Negeri Kedah. Kulim Technology Park Corporation (KTPC) iaitu syarikat yang menguruskan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah anak syarikat kerajaan negeri yang paling berjaya sehingga menempa nama di peringkat dunia sebagai antara taman teknologi tinggi yang berprestij.

Antara pengiktirafan yang pernah diterima oleh KHTP ialah ‘Asia’s Top Business, Industrial & Technology Park’, ‘Top Asian High Technology Park’ dan ‘Fiabci (Malaysia) Property Award’. Bagaimanapun, ‘zaman kegemilangan’ KHTP berakhir apabila PAS menguasai negeri Kedah selepas pilihanraya 2008 dan menukar pengurusan yang berpengalaman dan banyak berjasa.

Alasan PAS ialah pihak pengurusan KHTP sebelum ini ‘kurang bersih’. Akibatnya, imej KHTP merudum hampir serta merta.

Lebih buruk, bekas Ketua Eksekutif KHTP yang dipinggirkan oleh PAS, kini berkhidmat dengan Senai Hi-Tech Park di negeri Johor. Maka, pengalaman dan kebolehan beliau yang sepatutnya dimanfaatkan oleh kerajaan negeri Kedah, kini menjadi aset penting yang aktif membawa masuk pelaburan ke Johor.

Penduduk Kulim sudah sedia maklum tentang bagaimana Pejabat KTPC kini menjadi tempat usrah dan tazkirah serta penyebaran ‘agama’ PAS. Seolah-olah usrah dan tazkirah sudah cukup untuk membawa syurga walaupun mengabaikan tanggungjawab terhadap syarikat dan tidak bekerja dengan berdedikasi sesuai dengan gaji yang diterima.

Khabarnya juga, mesyuarat-mesyuarat dalaman yang dipengerusikan oleh Presiden baru KHTP selalunya meleret-leret dengan perbincangan yang tidak penting atau gurauan mengenai wanita dan berkahwin dua semata-mata. Begitu rendah sekali corak pemikiran pengurusan baru KHTP sehinggakan ramai dari pegawai-pegawai lama meletakkan jawatan kerana tidak dapat menyesuaikan diri bekerja dalam suasana kampungan dan tidak professional.

Maka tidak hairanlah apabila tiada lagi pelaburan baru masuk selepas First Solar Energy dari Amerika pada Julai 2008 dengan pelaburan berjumlah RM2 billion. Walaupun pengurusan baru PAS KHTP cuba bermegah konon mereka yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan tersebut, namun, bagi mereka yang arif tentang Pelaburan Langsung Asing (FDI) pasti tahu bahawa sesuatu keputusan untuk membuat pelaburan tidak dibuat dalam masa satu dua minggu atau lima enam bulan.

Proses membawa masuk FDI bermula dari promosi sehingga ke perbincangan dan kemudiannya tawar menawar sehinggalah kepada menandatangai perjanjian, pecah tanah dan perlaksanaan, selalunya mengambil masa bertahun-tahun.

Maka, jelaslah, pelaburan First Solar juga adalah sebenarnya jasa peninggalan pengurusan lama, dan bukannya pengurusan baru PAS. Oleh itu, apa yang pasti selama 3 tahun lebih memerintah, kerajaan PAS tidak mampu membawa masuk walau satu pun pelaburan baru.

Namun begitu, pengurusan baru PAS di KHTP telah membelanjakan sehingga tiga kali ganda dari jumlah yang biasa digunakan oleh pengurusan terdahulu dalam mempromosi KHTP di luar negara. Mana tidaknya, jika hampir setiap bulan ada saja beberapa orang dari pihak pengurusan yang ke luar negara konon mempromosi KHTP tetapi sehingga kini masih tiada hasilnya.

Sedangkan ketika di bawah pengurusan lama, perjalanan keluar negara hanya dibuat 2 atau paling banyak 3 kali dalam setahun. Itupun selalunya diadakan secara bersama dengan pihak MIDA dan kerajaan pusat bagi menjamin keberkesanan promosi dalam setiap perjalanan yang dibuat.

Pendirian pengurusan lama ialah, tidak guna hanya berjumpa dan berbincang dengan satu dua syarikat di luar negara dan membelanjakan puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk satu-satu perjalanan hanya untuk mempromosi tanpa sesuatu harapan pasti jauh sekali jaminan yang ia akan membuahkan hasil.

Setelah gagal menyediakan peluang kerja baru kepada penduduk Kulim, khasnya dan Kedah amnya, dan setelah meleburkan berjuta-juta ringgit untuk kos promosi yang tiada hasilnya, kerajaan PAS Kedah kini menerima satu lagi tamparan apabila First Solar Energy mengumumkan pengstrukturan semula syarikat dan akan ‘melepaskan’ seramai 2,000 orang pekerjanya di seluruh dunia termasuk 550 orang di KHTP.

Jika dahulu, mungkin pekerja-pekerja ini tidak perlu begitu risau kerana pasti ada kilang-kilang baru atau kilang sedia ada yang menambah pelaburan dan bilangan pekerja di sekitar KHTP dan Kulim. Tetapi, di bawah pemerintahan PAS, masa depan mereka nampaknya agak gelap.

Dengan kepimpinan negeri Kedah yang sibuk keluar masuk hospital di samping sibuk menangani politik dalaman parti, rakyat Kedah kini telah benar-benar terabai. Tidak mustahil kepimpinan Kedah langsung tidak tahu menahu tentang pengumuman pengstrukturan oleh First Solar dan tidak memahami apa kena mengenanya syarikat itu dengan rakyat negerinya. Mungkinkah 550 orang tersebut perlu berhijrah ke negeri-negeri pimpinan BN untuk mencari kerja?

Walaubagaimanapun, rakyat kedah sepatutnya merasa lega kerana pilihanraya semakin hampir kerana ia juga bermakna Kedah boleh kembali ‘sedar dari koma’. Itupun jika rakyat Kedah bijak membuat pilihan dalam pilihanraya.

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...