Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan

[Video] Nahas pembinaan LRT 3, pekerja terperangkap bawah runtuhan

Lima pekerja asing terperangkap di bawah perancah besi yang runtuh di tapak pembinaan LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata dalam kenyataan, mereka berjaya mengeluarkan empat mangsa terperangkap yang mengalami kecederaan ringan, manakala usaha masih diteruskan untuk menyelamatkan seorang lagi pekerja yang terperangkap.

Kejadian berlaku sekitar jam 2.40 petang di depan Hotel Premiere di Bandar Bukit Tinggi.

Dua balai bomba terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan anggota tiba di tempat kejadian sekitar 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Wanita maut dikelar suami di sebuah pangsapuri Klang, Selangor

Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek

Ranjit, Mandeep dikesan kes simen mayat dalam kolah

[VIDEO] Budak lelaki 11 tahun dicekup tular pandu kereta bapa

Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami