[VIDEO] Budak lelaki 11 tahun dicekup tular pandu kereta bapa - pakdin.my

KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu sebuah kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, di sini, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian  Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut.

Kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di jalan berkenaan, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

“Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut.

Janngan lupa subscribe

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan 1987 iaitu masing-masing kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi,” ujarnya.

Tambah beliau, semakan polis mendapati kanak-kanak itu masih belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan sentiasa mengawasi anak mereka supaya tidak melakukan tindakan membahayakan diri sendiri atau harta benda selain tidak menularkan sebarang konten demi menjaga imej dan privasi orang lain,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lebih seminit memaparkan seorang kanak-kanak memandu kereta dari arah jalan utama dan sempat berhenti menemui beberapa rakannya.

Rata-rata netizen mahu polis mengambil tindakan tegas dan kecewa dengan ibu bapa yang gagal mengawal pergerakan anak mereka.

BACA juga:

UTAMABERITA Budak lelaki 11 tahun dicekup tular pandu kereta bapa

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium