Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaEKONOMIKerajaan lanjutkan tempoh konsesi...

Kerajaan lanjutkan tempoh konsesi IWK hingga 31 Dis 2034 - pakdin.my

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh perjanjian konsesi dengan syarikat pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd selama 12 tahun lagi iaitu sehingga 31 Dis 2034.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perjanjian yang dijadual berakhir 31 Mac 2022 itu dilanjutkan berdasarkan prestasi cemerlang IWK dalam menguruskan aset-aset utama sistem pembetungan di negara ini yang melibatkan lebih 7,000 loji rawatan kumbahan serta menyelenggara paip pembetungan sepanjang 22 ribu kilometer.

Beliau berkata IWK turut diminta untuk menyelenggara kira-kira 1.3 juta tangki septik individu serta lebih 800 ribu tangki tandas tradisional dan jumlah aset berkenaan meningkat hampir sepuluh kali ganda berbanding konsesi awal yang dimeterai pada tahun 1990-an.

“Cabaran utama IWK adalah memastikan semua aset pembetungan beroperasi secara optimum dan pada masa yang sama perlu sentiasa menaik taraf sistem dan aset dengan kos yang efisien, teknologi yang efektif dan piawaian yang baharu,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu secara maya hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata sejak IWK mula beroperasi pada 1993, tarif perkhidmatan pembetungan kepada pengguna masih kekal sama dan tidak pernah disemak semula.

Beliau berkata secara realiti, purata kos penyelenggaraan sistem pembetungan bagi setiap premis bersambung adalah kira-kira RM17 sebulan berbanding tarif semasa iaitu antara RM2 hingga RM8 sebulan.

“Berdasarkan kajian yang dijalankan, semakan tarif perkhidmatan pembetungan wajar dipertimbangkan secara teliti bagi mengimbangi kos penyelenggaraan aset yang telah lama, peningkatan tarif elektrik dan kemunculan ancaman baharu jenayah alam sekitar yang lebih rencam.

“Oleh itu, IWK memerlukan sumber kewangan stabil melalui pelan operasi perniagaan mampan di samping bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan. Kelestarian sumber air dan kesihatan awam sangat bergantung kepada keupayaan kewangan IWK dalam melaksanakan tanggungjawabnya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata selain pelanjutan tempoh konsesi, perjanjian tambahan yang akan ditandatangani ini turut merangkumi pelaksanaan aktiviti perniagaan bukan berasaskan tarif oleh IWK.

“Contohnya, penghasilan air pulih guna daripada bi-produk pembetungan agar dapat dibekalkan kepada industri sebagai sumber air alternatif.

“Pindaan perjanjian konsesi membolehkan IWK meneroka pelbagai potensi perniagaan lain berkaitan perkhidmatan pembetungan seperti penggunaan baja bagi tumbuhan bukan makanan dan pajakan kecil tanah pembetungan untuk sewaan kepada menara telekomunikasi, penghasilan tenaga solar atau kabel fiber optik,”  katanya.

Beliau optimis pelaksanaan alternatif aktiviti perniagaan bukan berasaskan tarif dan cadangan penetapan semula caj pembetungan memberi ruang lebih terbuka kepada IWK untuk tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan tetapi masih berupaya memastikan sistem pembetungan awam terus baik dan cekap.

— BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Rozita dan Nurul Aniza diikat jamin RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April serta 28 Jun untuk sebutan semula. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664

Tiga orang ditembak mati

Polis berkata lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan secara rambang kawasan itu, menyebabkan dua orang maut dan dua lagi cedera, sebelum berlindung di sebuah rumah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162654

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501