ASM 2 Wawasan isytihar pengagihan pendapatan RM921.2 juta

KUALA LUMPUR   — Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM921.2 juta bagi dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2021.

ASM 2 Wawasan mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak empat sen seunit yang memanfaatkan 897,145 pemegang unit, lebih tinggi daripada RM907.3 juta yang diagihkan pada tahun kewangan 2020.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkata ASM 2 Wawasan mencatatkan pendapatan bersih direalisasi sebanyak RM909.6 juta setakat 25 Ogos 2021, yang menunjukkan peningkatan sebanyak 4.47 peratus dari tahun lepas.

“Pengagihan pendapatan untuk ASM 2 Wawasan adalah 215 mata asas mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank dalam tempoh yang sama iaitu 1.85 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut PNB, prestasi ASM 2 Wawasan itu umumnya didorong oleh pemulihan pasaran kewangan global dan domestik di tengah-tengah lonjakan semula jangkitan COVID-19 dan jangkaan kadar inflasi yang lebih tinggi selain pulangan dana disokong oleh impak positif daripada inisiatif kepelbagaian kelas aset PNB yang berterusan.

“Selain itu, pengurus dana secara beransur-ansur telah meningkatkan pelaburan antarabangsa kepada 20.8 peratus daripada keseluruhan portfolio, berbanding 14.9 peratus pada 2020.

“Dalam menghadapi persekitaran pasaran yang berubah dengan begitu pantas, PNB terus meneroka peluang pelaburan baharu untuk memastikan portfolio pelaburannya terus berkembang secara lestari,” katanya.

PNB berkata pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 2 Wawasan itu akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 September, 2021.

Urus niaga di semua pejabat cawangan dan ejen ASNB untuk ASM 2 Wawasan ditangguhkan buat sementara waktu dari 26 hingga 31 Ogos 2021 untuk memudahkan urusan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun mereka di portal myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 September 2021.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...